Objektif

Pendidikan di peringkat sekolah bertujuan membolehkan murid-murid :-
•Menguasai Bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebaga bahasa rasmi negara dan Bahasa Kebangsaan.
•Menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah.
•Menguasai kemahiran asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya untuk menyelesaikan masalah harian.
•Menguasai kemahiran belajar dan berfikir.
•Bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua.


Memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya
•Membina daya kepimpinan dan keyakinan diri
•Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap
manusia dan alam sekitar
•Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal
•Memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti amal, kesenian
dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional
•Menjaga kesihatan dan kecergasan diri
•Menguasai kemahiran membaca, menghafal dan memahami
pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al Quran bagi murid Islam
•Meyakini asas keimanan, mengerjakan amal ibadah dan berakhlak
mulia
•Membina semangat patriotisme dan meamalkan nilai murni dalam
kehidupan harian