Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Palong 2 (F) telah dibina pada 25hb Februari 1976. Sebelum sekolah ini dibina, peneroka-peneroka Palong 2 menghantar anak – anak mereka bersekolah di Sekolah Kebangsaan Palong 1.
Pada tahun 1976, hanya dibina sebuah bangunan sahaja dan bilangan murid pada waktu itu ialah 123 orang dari tahun 1 hingga ke tahun 6. Oleh kerana bilangan murid telah bertambah iaitu seramai 200 orang maka dibina lagi sebuah bangunan pada tahun 1979.
Pada masa itu seramai 7 orang guru termasuk seorang guru besar telah ditugaskan di sekolah ini. Rentetan daripada pertambahan murid maka bilangan guru juga ditambah sehinggalah kini jumlah iaitu seramai 20 orang. Pada waktu itu sekolah ini mempunyai seramai 4 orang pekerja dan sehingga kini seramai 7 orang pekerja termasuk seorang kerani dan seorang PAR.

Keluasan kawasan sekolah ialah 8.3 ekar. Selain daripada bangunan sekolah, terdapat juga padang, kantin dan gelanggang badminton. Pada masa itu, tidak ada kemudahan elektrik sehinggalah pada tahun 1986 barulah kemudahan elektrik dimasukkan di sekolah ini.
Berbanding dengan masa kini, banyak bangunan tambahan telah dibina. Pada tahun 1986 telah dibina satu lagi bangunan secara bergotong - royong. Terdapat 2 buah kelas dan sebuah dewan di bangunan ini. Balai Islam pula telah dibina pada tahun 1988. Sumber kewangan untuk pembinaan Balai Islam telah diperolehi daripada sumber-sumber yang teetentu. Bangunan Pra Sekolah pula telah dibina pada tahun 1999 dan makmal komputer pula telah dibina pada tahun 2005.
Sen
vEN HAMZAH B. OTHMAN ( 25.02.76 – 16.08.77 )
vTN HJ YUSOF B. HJ ZAKARIA ( 17.04.78 – 30.12.79 )
vEN AHMAD B. SIHAT ( 31.12.79 – 01.02.86 )
vTN HJ MOHD YUSOF B. DAUD. PJK. ( 16.06.86 – 15.11.87 )
vEN ABU HASSAN B. KADIR. PJK. ( 16.11.87 – 15.10.92 )
vEN ZAINAL ABIDIN B. IDRIS. PJK. ( 16.10.92 – 31.08.95 )
vEN ZAINUDIN B. MOHD NOR ( 01.09.95 – 23.03.98 )
vEN MOHD AZMI B. ABAN ( 23.09.98 – 23.06.03 )
vEN.MOHD KHALIL B. LEBAI MAT ( 23.06.03 – 29.12.05 )
vEN KAMARUZAMAN B. MOHD DALI ( 16.05.06 SEHINGGA KINI..
arai guru besar